FIFA batal semua perlawanan pada Jun

FIFA batal semua perlawanan pada Jun

PARIS,. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menangguhkan semua perlawanan yang dijadual berlangung pada Jun depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat pertama kumpulan kerja FIFA yang ditubuhkan bagi membantu badan induk benua menangani impak pandemik COVID-19, semalam.

Kumpulan itu turut mencadangkan satu perbincangan diadakan bersama badan induk benua bagi menetapkan tarikh baharu pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan.

“Kumpulan kerja FIFA-Konfederasi sebulat suara meluluskan beberapa cadangan pada mesyuarat pertama ini yang diadakan menerusi persidangan video hari ini (awal pagi tadi),” kata kenyataan dikeluarkan FIFA.

Semua perlawanan membabitkan kejohanan wanita yang dijadual berlangung pada Jun turut ditangguhkan.

Susulan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo selama setahun, kumpulan kerja FIFA itu turut mencadangkan untuk mengekalkan had kelayakan umur pemain yang lahir pada atau 1 Januari 1997 dan termasuk tiga pemain lebih usia.

“Kumpulan kerja FIFA akan terus mengadakan perbincangan berdasarkan perkembangan semasa situasi yang sedang melanda ketika ini,” katanya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )