Gabenor New York gerak usaha ke arah reformasi polis AS

Gabenor New York gerak usaha ke arah reformasi polis AS

NEW YORK,. Gabenor New York Andrew Cuomo menyatakan sudah tiba masanya untuk melaksanakan reformasi sistematik dalam kaedah kepolisan Amerika Syarikat (AS).

Dalam taklimat di New York City pada Sabtu, beliau mencabar masyarakat dan pihak berkepentingan untuk merebut peluang untuk membuat perubahan berkekalan melalui perundangan.

Cuomo berkata beliau percaya inilah saatnya untuk merubah keseluruhan isu tersebut selepas melihat tunjuk perasaan dan demonstrasi yang tercetus akibat kes kematian George Floyd didakwa disebabkan keganasan polis.

Gabenor itu menandatangani rang undang-undang pada Jumaat bagi memastikan polis lebih bertanggungjawab.

Langkah itu mendapat sokongan daripada penunjuk perasaan anti-perkauman.

Langkah-langkah itu dipersetujui awal minggu ini oleh badan perundangan yang dipimpin Demokrat negeri New York.

Beberapa rang undang-undang telah diusulkan dalam beberapa tahun yang lalu, namun gagal mendapat persetujuan.

Walau bagaimanapun, pengubal undang-undang menggerakkan semula usaha itu setelah demonstrasi besar-besaran di seluruh negara bagi meminta keadilan di atas kematian Floyd di tangan polis Minneapolis.

“Formula yang berhasil adalah demonstrasi, protes, buat kes, kemudian buat perubahan undang-undang.

“Menginstitusikan perkara yang anda lakukan dan kemudian rekonsilasi (pendamaian). Demonstrasi, perundangan, rekonsilasi.

“Sekarang adalah masa bagi setiap masyarakat untuk menulis di atas kertas dan membuat reformasi sistematik. Mengambil kemarahan dan kekecewaan yang kita lihat dalam demonstrasi.

“Dan sekarang saya katakan kepada semua komuniti, kita mempunyai 500 pasukan polis di dalam negeri ini sahaja, 18,000 seluruh negara.

“Apa yang anda mahu dari segi reformasi? Apa perubahan yang anda mahukan dan apa yang anda mahu lihat kepolisan pada tahun 2020?

“Tulis di atas kertas. Duduk, reka semula pasukan polis untuk tahun 2020,” kata Cuomo.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )