Gaji Van Dijk paling mahal

Gaji Van Dijk paling mahal

LIVERPOOL,. Virgil Van Dijk akan menjadi pemain dibayar gaji paling mahal dalam sejarah Liverpool menerusi perjanjian £220,000 pound (RM1.18 juta) seminggu.

Pertahanan Belanda berusia 28 tahun itu, komited menyambung kontrak selama lima tahun — bernilai £57 juta pound (RM306.04 juta) — selepas skuad kendalian Jurgen Klopp meraih gelaran Liga Perdana.

Dan ia menamatkan kebimbangan bahawa Pemain Terbaik Tahunan PFA itu akan berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Kelab kaya dari Perancis itu menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan Van Dijk musim panas ini, namun pemain itu tidak berganjak.

Ketika ini dia menerima £180,000 pound (RM966,431) seminggu dan boleh menambah £100,000 pound (RM536,906) lagi daripada jumlah berkenaan di ibu kota Perancis.

Sebaliknya, Van Dijk difahamkan bersedia menerima penambahan £40,000 pound (RM214,762) seminggu yang membolehkan dia mengatasi pemain dibayar paling mahal, Mo Salah.

Penyerang Mesir itu menerima £200,000 pound (RM1.07 juta) seminggu. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )