Gempa bumi gegarkan pulau Sumatera

Gempa bumi gegarkan pulau Sumatera

JAKARTA,. Dua gempa bumi menggegarkan di Selatan Sumatera, Indonesia awal pagi ini, menurut Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berukuran 6.8 dan 6.9 bermagnitud skala Richter, berlaku dalam jarak enam minit antara satu sama lain dari jam 5.23 pagi.

Sistem Amaran dan Mitigasi Tsunami Lautan Hindi mengatakan bahawa tidak ada ancaman membabitkan negara berhampiran dan tsunami.

Terdapat kemungkinan kematian dan kerosakan yang rendah.

Kepulauan Asia Tenggara sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. Ini disebabkan kedudukan negara itu terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, yang kerap dilanda gempa bumi dan kadang-kadang diiringi tsunami.

Pada 2018, gempa bermagnitud 7.5 dan diiringi tsunami berlaku di pulau Sulawesi menyebabkan lebih daripada 4,300 orang terkorban.

Gempa dengan kekuatan 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera pada 2004, yang mengorbankan 220,000 di seluruh wilayah, termasuk sekitar 170,000 di Indonesia.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 84 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.- AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )