Gempa bumi kuat di Mindanao pada 11.23 malam ini

Gempa bumi kuat di Mindanao pada 11.23 malam ini

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 11.23 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 82 kilometer tenggara dari Bandar Digos, Filipina dengan kedalaman 89 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )