Gempa bumi kuat landa Rantau Sempadan Rusia-Mongolia

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Rantau Sempadan Rusia-Mongolia, pada pukul 5.32 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku kira-kira 730 kilometer (km) tenggara dari Krasnoyarsk, Rusia, pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )