Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 7.22 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 158 kilometer (km) selatan dari Koronadal City, Filipina pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )