Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia

Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 179 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia dengan kedalaman 72km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)