Gempa Taiwan: Tiada amaran tsunami kepada Malaysia

Gempa Taiwan: Tiada amaran tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR: GEMPA bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Taiwan pukul 2.44 petang pada Ahad. Di Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman Twitternya memaklumkan, pusat gempa tersebut tersebut terletak 23.2° Utara dan 121.3° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Ia terletak 75 kilometer Tenggara dari Chiayi,Taiwan.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan kejadian yang berlaku pukul 2.44 petang tadi adalah paling kuat setakat ini dengan kedalaman 10 km (6.2 batu).
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami bagi pulau terpencil berhampiran Taiwan, selain meramalkan ombak setinggi semeter dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan).
Jabatan Kaji Cuaca Taiwan memaklumkan gegaran kuat berukuran 6.4 magnitud juga berlaku di daerah Taitung, petang semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-Met Malaysia

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )