Geng pecah kedai telefon bimbit di Miri tumpas

Geng pecah kedai telefon bimbit di Miri tumpas

MIRI,. Polis menahan lima lelaki tempatan sekali gus yakin dapat menyelesaikan tiga kes pecah kedai menjual telefon bimbit, aksesori serta kad isian semula prabayar membabitkan kerugian RM2,000.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, kelima-lima suspek berusia 22 hingga 42 tahun itu ditahan dalam “Ops Pintu” yang dijalankan di sekitar bandar raya Miri semalam.

“Polis telah membuat pemeriksaan di rumah suspek yang ditahan dan berjaya merampas barang kes yang dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan pemilik kedai yang membeli barangan yang dilaporkan hilang.

“Kesemua suspek akan direman untuk membantu siasatan,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )