Gol berganda Nketiah pastikan Arsenal benam Chelsea

Gol berganda Nketiah pastikan Arsenal benam Chelsea

CHELSEA 2 ARSENAL 4

Eddie Nketiah menjaringkan gol berganda pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Arsenal menghidupkan peluang untuk merebut penamat empat teratas musim ini dengan menewaskan Chelsea 4-2 awal pagi tadi.

Kepercayaan yang diberikan pengurus, Mikel Arteta, ke atas Nketiah ternyata berbaloi apabila pemain berusia 22 tahun itu menamatkan penantian jaringan sejak April 2021 dengan gol pembukaan di Stamford Bridge pada minit ke-13.

Timo Werner kemudian menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut buat kali kedua sepanjang kariernya di Chelsea untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-17 sebelum Emile Smith Rowe kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-27.

Bagaimanapun, Cesar Azpilicueta memastikan Chelsea sekali lagi mengikat kedudukan sebelum menuju ke bilik persalinan tetapi dia menjadi punca Arsenal diberikan sepakan penalti yang disempurnakan Bukayo Saka dalam waktu kecederaan selepas Nketiah memperoleh jaringan kedua peribadinya pada minit ke-57.

Ia juga menyaksikan Chelsea tewas tiga perlawanan di laman sendiri secara berturut-turut dalam kesemua kejohanan buat kali pertama sejak 30 tahun lalu.

Arsenal seterusnya akan melayani kunjungan Manchester United, Sabtu ini dalam perlawanan yang dilihat akan menentukan kedudukan empat teratas mereka musim ini.

Chelsea pula akan menghadapi satu lagi aksi ‘derby’ London menentang West Ham sehari kemudian.

-Astro Arena

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)