
GTR Berganding Bahu Bersama ikhlas.com Bantu Penternak Melaka Mangsa Banjir
Kuala Lumpur – Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) bersama-sama ikhlas.com turun padang membantu penternak di sekitar negeri Melaka yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini dengan menyalurkan sumbangan berupa makanan haiwan dan ubatan ternakan kepada beberapa penternak di Bemban, Ayer Molek, Bachang, Melaka Tengah dan Tangga Batu.
GTR sebuah NGO yang memfokuskan kepada penternak ruminan seperti lembu dan kambing sentiasa bergerak aktif dalam membantu penternak di seluruh negara terutama kepada ahlinya dalam pelbagai bentuk bantuan serta sumbangan terutama yang terlibat dengan bencana alam banjir seperti banjir kilat yang berlaku di beberapa tempat dalam negeri Melaka pada 20 November lalu.
Turut sama turun padang membantu GTR dalam misi bantuan ini adalah ikhlas.com yang merupakan satu platform digital kepada mereka yang ingin memberi sumbangan melalui beberapa kempen sumbangan. ikhlas.com hari ini turut menyalurkan sumbangan bantuan berbentuk bakul makanan kepada penternak dan juga penduduk setempat yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
GTR dan ikhlas.com akan terus komited dalam membantu penternak yang amat memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara di masa hadapan.