GTR Gempur Sabah Bantu Penternak Ruminan Yang Terjejas Bencana Banjir Dan Pandemik Covid-19

Tamparuli – Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) semalam turun ke Tamparuli bagi memberi bantuan ubatan serta makanan haiwan ternakan serta bakul makanan dari ikhlas.com dan Yayasan Maghfirah hasil sumbangan orang ramai bagi penternak di daerah berhampiran yang melibatkan seramai 165 keluarga yang terlibat.

GTR diwakili oleh Hussain Jaapar Presiden GTR sendiri yang turun padang bagi menyelaras pengagihan sumbangan ubatan dan makanan haiwan ternakan kepada ahli GTR serta beberapa penternak ruminan sekitar kawasan Tamparuli, Kota Belud,  yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan pendapatan bertempat di Pasaraya Batagas Tamparuli.

GTR komited membantu penternak ruminan terutama ahlinya dalam membantu haiwan ternakan yang terjejas perniagaan dan penjualan sejak kehadiran pandemik Covid-19 tahun lalu dengan memberikan bantuan ubatan ternakan haiwan yang bersesuian dengan masalah yang dihadapi. Apa yang dilakukan oleh GTR ini adalah selari dengan misi penubuhan kelab adalah memfokuskan kepada haiwan ternakan terutama ketika pandemik Covid-19 melanda negara yang telah menjejaskan aktiviti ekonomi seperti penjualan haiwan ternakan.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan GTR kali ini dalam Misi Bantuan Penternak meliputi daerah Sandakan, Tamparuli, Tuaran, Kota Belud  Penampang, Tawau, Samporna dan Kota Kinabalu yang melibatkan 100 penternak terpilih di seluruh negeri Sabah.

– Joy Reyzal

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )