Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN selama ini, dan juga Pakatan Harapan (PH) sepanjang hampir dua tahun gabungan tersebut memimpin Kerajaan Persekutuan sebelum ini.bandingkanlah pencapaian dan kejayaan yang dicapai PN selepas genap setahun memimpin sebuah kerajaan dalam suasana wabak (COVID-19) pada hari ini,” kata beliau dalam catatannya di Facebook rasminya, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata di pihaknya sendiri beliau mengakui sukar bagi PN membersihkan ‘peninggalan’ PH yang menurutnya membuat pelbagai kecamuk sewaktu era pemerintahan mereka.
“Bak kata orang-orang tua, hendak membaiki itu lebih susah daripada hendak merosakkan,” katanya.

Malangnya, Abdul Hadi berkata masih terdapat pihak yang terpengaruh dengan sembang kosong PH yang kini sedang ‘melompat-lompat’ ingin mengambil alih semula kerajaan.
Beliau sekali lagi menegaskan perubahan kerajaan PH kepada kerajaan PN dilakukan secara bersih, demokratik dan mengikut proses Perlembagaan Persekutuan dengan langkah paling tepat, “tanpa menebuk atap dan masuk dari pintu belakang”.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )