Hafizh Syahrin kutip tiga mata pada GP Teruel

Hafizh Syahrin kutip tiga mata pada GP Teruel

KUALA LUMPUR,. Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mengutip tiga mata selepas menduduki tempat ke-13 daripada 23 pelumba pada Grand Prix (GP) Teruel di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini.

Pelumba pasukan Aspar Team mencatatkan masa 39 minit 53.962 saat pada perlumbaan 21 pusingan itu.

Pelumba berusia 26 tahun itu jatuh ke tempat ke-20 dalam kedudukan Moto3 Dunia dengan 21 mata selepas 12 perlumbaan dan akan cuba memperbaiki persembahan pada GP Eropah (6 hingga 8 Nov) dan GP Valencia pada 13 hingga 15 Nov di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)