Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung 2024

Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung 2024

KUALA LUMPUR: Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulungnya bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China semalam.

Hafizh Syahrin Abdullah mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc dengan merekodkan 20 minit 24.461 saat (s) selepas melengkapkan 13 pusingan.

Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan 20:25.215s diikuti Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team ketiga (20:27.603s).

Ini merupakan kemenangan pertama JDT Racing Team pada penampilan sullung dalam ARRC selepas Hafizh Syahrin meraih tempat kedua pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bulan lepas.

Beliau yang menggunakan jentera Ducati Panigale V4R akan meneruskan perlumbaan pusingan kedua, esok.

–Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )