Hamzah, tiga lagi ahli pimpinan Bersatu ziarah Hadi Awang

KUALA LUMPUR : Empat ahli pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu pada Jumaat. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, Tok Guru (Abdul Hadi) “kelihatan bersemangat dan sihat”.

“Hari ini saya bersama Timbalan Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Faizal Azumu dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee serta Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen menziarahi Tok Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan juga turut hadir,” katanya. Hamzah dalam lawatannya itu berkesempatan bertanyakan keadaan kesihatan Abdul Hadi ketika ini.

“Cantik jawapan beliau bila ditanya sihat ke Tok Guru (Abdul Hadi)? Mana boleh tak sihat, kitakan nak berjuang. “Alhamdulillah, begitu bersemangat Tok Guru. Beliau juga nampak sihat,” ujar beliau dalam perkongsian sama.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )