Hanya dua kementerian punyai kakitangan OKU lebih 1 peratus

KLANG,. Hanya dua kementerian mempunyai jumlah kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU) melebihi satu peratus seperti yang ditetapkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010, kata Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Ras Adiba Radzi.

Beliau berkata, kementerian berkenaan ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pertahanan dengan masing-ma-sing mempunyai 1.8 dan 1.3 peratus penjawat OKU.

Sehubungan itu, Ras Adiba yang mewakili komuniti OKU di Dewan Negara tersebut berharap kementerian lain akan memberi lebih banyak peluang kepada golongan berkenaan untuk bekerja dalam sektor awam kerana mereka juga mampu berkhidmat untuk negara.

“Hanya dua kementerian yang mempunyai kakita-ngan OKU yang melebihi satu peratus seperti yang ditetapkan dan saya berharap kementerian lain dapat membuka peluang kepada golongan ini sekurang-kurangnya mengikut ketetapan satu peratus berkenaan,” katanya selepas program penyampaian sumbangan daripada OKU Sentral de-ngan kerjasama Kumpulan Jakel kepada kira-kira 300 penerima di Kampung Su-ngai Udang secara pandu lalu, di sini semalam.

Setakat Jun 2019, jumlah pengisian OKU dalam perkhidmatan awam ialah seramai 3,686 pegawai bersamaan 0.29 peratus.

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata, pihaknya dan rakan-rakan yang lain akan terus berusaha untuk memastikan ketetapan berkenaan dapat dicapai.

Sementara itu seorang penerima sumbangan, Nurul Aniza Razali, 33, berkata dia amat berterima kasih kepada OKU Sentral atas sumbangan pelbagai barangan keperluan harian untuk kegunaannya dan anak perempuan tunggal, Nur Auni Faiqa Mohd Faizal yang menghidap palsi serebral sejak lahir.

Ibu tunggal yang kematian suami akibat kemalangan lima tahun lepas itu berkata dia hanya bergantung pada pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) arwah suaminya bagi tujuan perbelanjaan.

Aminah Abdullah, 49, pula berkata sumbangan yang diberikan oleh OKU Sentral banyak membantu keluarganya yang mengalami kemerosotan pendapatan akibat COVID-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, suami saya tidak lagi boleh melakukan kerja lebih masa di bengkel besi tempat dia bekerja kerana kekurangan tempahan, jadi pendapatan kami berkura-ngan antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan berban-ding sebelum COVID-19,” katanya.

Ibu kepada empat anak berusia enam hingga 23 tahun tersebut berkata anak bongsunya Muhammad Yunus Mohd Din yang menghidap sindrom Down memerlukan perbelanjaan tinggi dan kekurangan pendapatan keluarga secara langsung menjejaskan kemampuan menampung keperluan anak-nya itu.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )