Harga minyak naik, Brent AS$62.81 setong
TOKYO,. Harga minyak naik pada Rabu selepas laporan industri menunjukkan stok minyak mentah di Amerika Syarikat (AS) susut minggu lalu dengan lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dijangkakan penganalisis.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 43 cents, atau 0.7 peratus kepada AS$62.81 setong pada 0053 GMT.
Manakala niaga hadapan WTI naik 47 cents, atau 0.8 peratus kepada AS$57.87 setong.
Harga ditutup lebih rendah pada Selasa, merosot susulan spekulasi penarikan sekatan ke atas eksport minyak mentah Iran ke pasaran berikutan tindakan Presiden AS, Donald Trump untuk memecat penasihat keselamatan kebangsaan, John Bolton.
Data Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan inventori minyak mentah jatuh 7.2 juta tong dalam minggu ini, berakhir 6 September kepada 421.9 juta, berbanding jangkaan penganalisis penurunan 2.7 juta tong.
-REUTERS