Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik dua sen – MOF

KUALA LUMPUR,. Harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada kadar RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Julai ini, sementara harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.67 kepada RM2.69.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )