Henti berbalah, kemuka bantahan ikut saluran dalam parti – Anwar
KUALA LUMPUR,. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pimpinan dan anggota parti mengemukakan pandangan dan bantahan menggunakan saluran yang betul dalam parti, khususnya kepada Lembaga Disiplin.
Anwar menerusi kenyataan hari ini turut menegaskan semua kenyataan perbalahan dalaman parti perlu dihentikan serta merta.
“Parti harus tegak atas asas dan khittah (langkah) perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membela nasib rakyat semua kaum terutama yang miskin dan terpinggir daripada arus pembangunan.
“Rakyat yang pernah meletakkan kepercayaan kepada kita ternyata bosan dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada percaturan politik dalaman,” katanya.
Anwar berkata PKR berkewajiban untuk meningkatkan usaha dan kinerja (prestasi kerja) untuk kepentingan rakyat dan negara.
— BERNAMA