Henti berpolitik, atasi masalah sebenar dihadapi rakyat – Aktivis

Henti berpolitik, atasi masalah sebenar dihadapi rakyat – Aktivis

KUALA LUMPUR,. Masyarakat harus memastikan golongan elit politik bertanggungjawab terhadap isu-isu penting dan bukannya sibuk berpolitik demi kepentingan sendiri.

Ini pandangan yang disuarakan peguam dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri dalam sesi temu bual “Consider This” pada Rabu malam.

“Beberapa aktivis Orang Asli telah berarak ke Pejabat MB Selangor. Siapa yang bercakap tentang perkara ini pada hari ini?

“Kita patut memberi tumpuan kepada mereka yang betul-betul terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.
“Kita harus mendengar suara mereka, kita perlu memberi ruang kepada mereka dan kita mahukan mereka yang sibuk berpolitik untuk bertanggungjawab atas golongan yang terkesan dan menjawab atau mengatasi masalah yang dihadapi mereka,” kata Fadiah.

Tambah beliau, sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan hanya merugikan masyarakat Malaysia.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)