HONOR umum pelancaran rasmi HONOR

HONOR umum pelancaran rasmi HONOR

 

KUALA LUMPUR,. HONOR melancarkan teknologi pendekatan berpusatkan manusia terbaharu iaitu Teknologi untuk Inspirasi pada Mobile World Congress (MWC) 2023 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada Isnin.

Pada acara ‘watch party’ di Menara Ilham KL yang memaparkan MWC secara langsung di skrin, HONOR turut mengumumkan Siri HONOR Magic5 baharu yang menawarkan pengalaman telefon pintar Flagship sebenar kepada pengguna seluruh dunia.

Dikatakan HONOR Magic5 Pro diberikan peningkatan ketara dari segi rekaan, paparan, fotografi dan prestasi, sekali gus menewaskan beberapa penanda aras industri untuk memberikan pengalaman pengguna terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.

“HONOR komited memenuhi kehendak sebenar pengguna dengan mengambil pendekatan berpusatkan manusia dalam inovasi produk, selain menawarkan penyelesaian teknologi intuitif untuk menambah baik kehidupan seharian manusia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd George Zhao.

Sebagai tanda penghormatan kepada Antoni Gaudi, HONOR Magic5 Pro menampilkan bezel bersimetri dwi lengkung ultra sempit pada kedua-dua sisi dan rekaan tiga kamera Star Wheel di tengah bahagian belakang. Rekaan ini diilham daripada lengkungan indah landskap dan seni bina moden, memaparkan gabungan seni dan teknologi secara harmoni.

HONOR Magic5 Pro menampilkan Cipset Paparan Diskret bagi meningkatkan kualiti visual imej yang bergerak.

Dari segi fotografi dan videografi, HONOR Magic5 Pro mengguna gabungan Tiga Kamera Utama yang terdiri daripada Kamera Lebar 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP, serta Kamera Telefoto.

Bagi memudahkan pencipta muda menghasilkan rakaman sinematik, Siri HONOR Magic5 menampilkan IMAX Enhanced Movie Master untuk pengguna menghasilkan dan menyunting video yang mengagumkan menggunakan telefon pintar.

Zhao berkata, telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic5 Pro dan telefon boleh lipat flagship terbaharu HONOR Magic Vs kini dilancarkan di pasaran dunia. Ini mendorong penanda aras industri dalam setiap aspek pengalaman pengguna telefon pintar, sejajar dengan visi HONOR untuk membolehkan setiap individu menjalani kehidupan pintar, katanya.

IMEJ KUALITI: HONOR Magic5 Pro menampilkan gabungan Tiga Kamera Utama yang terdiri daripada Kamera Lebar 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP, serta Kamera Telefoto.

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform terbaharu, HONOR Magic5 Pro dipercayai dapat menghasilkan prestasi flagship yang tiada tandingan, meningkatkan produktiviti dan hiburan sepanjang masa.

Selain itu, HONOR turut memperkenalkan peranti flagship yang boleh dilipat.

Model ini dikatakan sangat nipis dan ringan dengan ukuran hanya setebal 12.9mm apabila dilipat dan berat 267g. Namun begitu, HONOR Magic Vs dimuatkan bateri berkapasiti 5000mAh, paling besar dalam kalangan telefon boleh lipat di bawah 270g dalam pasaran sekarang.

HONOR Magic5 Pro ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan Meadow Green, sementara HONOR Magic5 boleh didapati dalam warna hitam dan biru. Semua warna ini diinspirasi daripada keajaiban alam semula jadi.

Siri HONOR Magic5 boleh didapati bermula suku kedua tahun 2023. HONOR Magic 5 bermula pada harga €899 untuk 8GB+256GB, manakala HONOR Magic5 Pro bermula pada harga €1199 bagi versi 12GB+512GB.

HONOR Magic VS pula boleh didapati dalam warna Cyan dan hitam, dijual pada harga bermula €1599. Pengumuman mengenai ketersediaan peranti ini akan dibuat dalam masa terdekat.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )