
Hospital Umum Sarawak Terima RM3 Juta, Fadillah Umum Langkah Penambahbaikan
KUCHING, 19 April 2025 — Dalam usaha memperkukuh kemudahan kesihatan awam, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Hospital Umum Sarawak bagi tujuan penaiktarafan fasiliti dan aset, umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut beliau, inisiatif itu bukan sekadar memberi manfaat kepada petugas hospital, tetapi lebih utama adalah untuk memastikan keselesaan dan kualiti rawatan kepada para pesakit.
“Setelah berbincang bersama pihak ICU JPM, kita sebulat suara bersetuju meluluskan peruntukan ini demi kepentingan rakyat Sarawak,” katanya pada majlis ‘Speta Beraya’ malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.