Hub sukan New Clark City, kebanggaan Malaysia dan Filipina

Hub sukan New Clark City, kebanggaan Malaysia dan Filipina

KUALA LUMPUR,. Hub sukan New Clark City (NCC) yang membolehkan Filipina menjadi tuan rumah Sukan SEA dengan venue kejohanan yang baharu dan diiktiraf kali ini, merupakan satu kisah kejayaan YANG membanggakan bagi Filipina dan juga Malaysia, kerana ia memiliki sentuhan syarikat dari Malaysia, Kumpulan MTD Group.

NCC Sports Hub itu akan menjadi satu daripada venue acara Sukan SEA 2019, terletak di salah satu satu daripada tiga kluster utama temasya sukan itu, bandar raya Clark, bersebelahan dengan Metro Manila dan Subic.

Menurut maklumat dari Kumpulan MTD, syarikat berkenaan yang dilantik sebagai pemaju diberi tanggungjawab untuk menguruskan kawasan seluas 40 hektar yang merupakan Fasa 1A Pusat Pentadbiran Kerajaan Nasional (NGAC), yang termasuk Perkampungan Atlet, Pusat Akuatik, Stadium Olahraga, dan Trek.

Yang hebatnya, bersama dengan pemaju Bases Conversersion and Developtment Authority (BCDA), ia berjaya membina ‘bandar raya kecil’ (NCC Sports Hub) dalam tempoh masa hanya 18 bulan – sebagaimana yang dilaporkan menerusi http://mtd-clark-ngac.com/.

Awal bulan ini ada khabar angin mengatakan bahawa venue-venue Sulan SEA masih belum disiapkan, namun kini NCC Sports Hub berjaya menyiapkannya dan proses penyerahan yang dirancang pada 8 November ini oleh pemaju kepada BCDA, berjalan lancar.

Perkampungan atlet di NCC Sports Hub menampilkan 500 bilik yang boleh memuatkan sehingga 1,000 atlet pada satu-satu masa, manakala pusat akuatik adalah arena bertaraf dunia dibina dengan 10 ‘lane’ kolam renang bersaiz Olimpik, dan pelbagai kolam renang lain.

Sementara itu stadium olahraga yang mematuhi standard IAAF menampilkan 20,000 tempat duduk, stadium bertaraf Olimpik dengan sembila lorong trek 400-meter serta trek untuk pemanas badan.

“Hub Sukan ini adalah venue yang ideal untuk menjadi gelanggang acara olahraga dan renang Sikan SEA kerana keadaannya yang terbuka, memberikan para atlet dan pegawai-pegawainya kesegaran yang diperlukan,” katanya,

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)