Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan di Kelantan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Di Pahang pulam amaran sama melibatkan Kuantan dan Pekan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia serta menghubungi talian hotline di 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)