
Hujan Lebat Menyebabkan Banjir Dan Tanah Runtuh Pada Petang ini
KUALA LUMPUR,. Hujan lebat yang lama pada petang ini telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.
Sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang Kem Wardiburn, di sini, terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 5.43 petang tadi.
beberapa jentera keluar dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian dan didapati tanah runtuh seperti yang dilapurkan memang terdapa tanah runtuh lereng bukit tersebut.
“Maklumat yang diterima daripada pihak polis, penghuni rumah yang berhampiran telah diarahkan keluar dan masih terdapat pergerakan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan operasi pemantauan masih diteruskan oleh anggota di lokasi kejadian.
“Setakat ini hanya sebuah rumah sahaja yang terlibat, bagaimanapun terdapat rumah yang berdekatan dengannya.
Bagi memastikan semua penghuni selamat polis telah mengarahkan untuk mengosongkan rumah yang terbabit disebabkan terdapat pergerakan tanah lagi katanya.
–GERBANGPOST