
i-Sinar dijenamakan semula sebagai i-Citra tetap memberi sinar kepada mereka yang memerlukannya
-Joy Reyzal –
SELASA 29 Jun – “Lega”, mungkin inilah yang dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebelum ini sejak hari pertama Total Lockdown PKP 3.0 bermula pada 1 Jun lalu yang sudah dilaksanakan hampir sebulan dalam Fasa 1.
Bagi rakyat yang terkesan dan mengharapkan kepada bantuan i-citra KWSP ini bagi menampung keperluan perbelanjaan harian sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijangka akan berpanjangan memandangkan jumlah kes harian Covid-19 masih lagi tinggi sudah tentu ia memberikan sedikit kelegaan dan kegembiraan bagi yang amat memerlukannya.
Petang semalam PM telah umumkan beberapa bentuk bantuan termasuk mengumumkan pengeluaran wang KWSP melalui program i-citra yang menggantikan i-sinar sebelum ini. Dalam pengumuman tersebut juga telah diumumkan juga jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP.
Pencarum boleh mengeluarkan jumlah had maksimum RM5 ribu yang dibayar secara berperingkat setiap bulan selama tempoh 5 bulan bermula Ogos hingga Disember 2020 dengan jumlah pengeluaran RM1 ribu.
Ini antara persoalan yang bermain dibenak pemikiran rakyat ketika ini berkaitan pengeluaran i-citra ini.
- Kenapa permohonan hanya dibuka bermula 15 Julai?
– Tempoh ini akan memberi masa kepada pihak KWSP membuat persiapan dan persediaan dalam menerima permohonan ketika dibuka nanti kerana kali ini hanya yang benar² terkesan dan memerlukan sahaja yang akan memohon.
- Kenapa bulan Ogos baru bermula pengeluaran?
– Pihak KWSP memerlukan tempoh tertentu bagi memproses permohonan nanti setelah tarikh tutup permohonan.
- Kenapa hanya RM5 ribu sahaja berbanding minimum RM10 ribu atau 10% ketika pengeluaran i-sinar sebelum ini?
– Sudah tentu pengeluaran kali ini dihadkan bagi memastikan baki simpanan masih ada dan terkawal untuk pencarum buat pengeluaran ketika berusia 55 tahun nanti. Tambahan pula pengeluaran kali ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan bebanan pencarum dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara nanti.
- Adakah ia secara automatik atau pilihan?
– Ia adalah pilihan kepada pencarum. Jika merasakan ada keperluan maka bolehlah memohon untuk pengeluaran.
Keputusan ini dilihat bertepatan disaat-saat rakyat terutama golongan B40 dan M40 yang menjadi pencarum amat memerlukan pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian sepanjang Pelan Pemulihan Negara yang dijangka akan berterusan hingga ke akhir tahun.
Hasil maklum balas dan komen-komen netizen di media sosial seperti di Facebook dan WhatsApp rata-rata gembira dan menyambut baik peluang ini yang sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dan pencarum mengharungi saat-saat getir pandemik wabak kali ini yang semakin kritikal.
Pesanan dan nasihat kepada pencarum dan penerima i-citra ini agar menggunakan kelonggaran pengeluaran kali kedua ini dengan sebaiknya.