Ikhlas.com Bersama ESSCOM, Yayasan Maghfirah Dan GTR Turun Padang Salur Bantuan Kepada Penduduk Sandakan

Sandakan – Bertempat di Pulau Berhala sebuah pulau yang terletak tidak jauh dari bandar Sandakan merupakan perkampungan air yang didiami oleh penduduk yang berpendapatan rendah kebanyakkan menjadi nelayan atau bekerja dalam bidang perikanan laut telah menjadi lokasi pilihan pihak Ikhlas.com telah menyampaikan sumbangan bakul makanan yang terdiri dari barangan keperluan asas kepada 200 buah keluarga yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Ybhg. Dr. Jamaluddin bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM kepada penerima yang layak disaksikan En. Mohd Nor Effendi bin Yahya, Pegawai Bahagian Komersial selaku wakil Ikhlas.com serta duta Yayasan Maghfirah pelakon terkenal negara Johan As’ari yang turut serta dalam rombongan misi bantuan Program Kembara Kasih Sabah 2021. Turut hadir sama wakil dari PDRM,TLDM, APMM, JKM, Ketua Kampung Pulau Berhala, Pengerusi Masjid Pulau Berhala.

Rombongan misi bantuan ke Pulau Berhala ini menggunakan 3 buah bot aset dari APMM bersama barangan sumbangan serta ahli rombongan. Kehadiran delegasi misi ini disambut kegembiraan oleh penduduk pulau lebih-lebih lagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung.

-Joy Reyzal

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )