IMF lanjutkan pelepasan hutang 28 negara berpendapatan rendah

IMF lanjutkan pelepasan hutang 28 negara berpendapatan rendah

WASHINGTON, 6 Okt — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata IMF meluluskan lanjutan pelepasan hutang selama enam bulan untuk 28 negara berpendapatan rendah, lapor agensi berita Sputnik.

“Lembaga Eksekutif IMF pada 2 Oktober meluluskan perkhidmatan pelepasan bayaran hutang selama enam bulan untuk 28 negara anggota di bawah Catastrophe Containment and Relief Trust (CCRT),” kata kenyataan itu.

Langkah itu bagi membantu negara berkenaan menggunakan sumber kewangan yang terhad untuk keperluan perubatan kecemasan penting dan bantuan-bantuan lain.

CCRT memerlukan kira-kira US$1.4 bilion untuk menyediakan perkhidmatan itu maksimum selama dua tahun, tetapi hanya menerima satu pertiga jumlah berkenaan daripada beberapa negara penderma.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )