Imigresen Gempur Flat PKNS, 23 Pendatang Tanpa Izin Diberkas

Imigresen Gempur Flat PKNS, 23 Pendatang Tanpa Izin Diberkas

SHAH ALAM – Dalam usaha mengekang kehadiran warga asing tanpa dokumen sah, Jabatan Imigresen Selangor menahan 23 individu dalam operasi Ops Kutip di Flat PKNS Seksyen 8 malam semalam.

Pengarahnya, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata operasi yang bermula jam 9 malam itu turut berdepan kesukaran apabila ada penghuni enggan membuka pintu, malah ada unit kediaman yang terpaksa dipecahkan bagi tujuan pemeriksaan.

“Penduduk tempatan digesa agar lebih cakna terhadap aktiviti sewaan rumah kepada warga asing tanpa dokumen sah,” tambah beliau sambil memaklumkan bahawa semua tahanan dihantar ke Depoh Semenyih untuk siasatan lanjut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )