IMIGRESEN GEMPUR LADANG SAYUR DI CAMERON HIGHLAND

IMIGRESEN GEMPUR LADANG SAYUR DI CAMERON HIGHLAND

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya telah menjalankan satu OPS BERSEPADU (OPS HIJAU) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 September 2019 di tujuh buah lokasi secara serentak di kawasan Kuala Terla, Cameron Highland.

Operasi yang bermula jam 4.30 petang ini disertai oleh 24 orang pegawai imigresen dari JIM Putrajaya.

Semua lokasi serbuan merupakan kawasan ladang tanaman sayur-sayuran dan bunga yang di dominasi pekerja-pekerja warga asing yang bekerja secara haram. Hasil pemeriksaan di kesemua lokasi, seramai 59 orang warganegara asing telah diperiksa dan hasilnya JIM telah berjaya menahan seramai 39 warga asing.

Dari 39 PATI yang ditahan, 17 orang lelaki warga India, 12 orang lelaki warga Bangladesh, 07 lelaki warga Mynammar, 02 lelaki warga Nepal, dan 01 orang wanita warga Myanmmar yang disyaki bekerja tanpa permit yang sah di kawasan tersebut.

Terdapat beberapa cubaan melarikan diri oleh pekerja warga asing di sekitar kawasan serbuan tetapi cubaan mereka berjaya disekat oleh pegawai imigresen. Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan lanjut. Selain itu, seramai 6 orang majikan warga tempatan dikenakan notis untuk hadir ke pejabat imigresen memberi keterangan.

Jabatan Imigresen mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi sahabat SPRM dan turut berharap kerjasama sebegini akan menjadi satu agenda yang berterusan dari masa ke semasa dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan yang lebih efektif.

DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)