Imigresen Tahan 38 Warga Asing dalam Operasi di Kampung Baru

Imigresen Tahan 38 Warga Asing dalam Operasi di Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 warga asing telah ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Kampung Baru pada awal pagi tadi.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, memberitahu bahawa operasi yang berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 2.30 pagi itu melibatkan 35 pegawai. Mereka yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan 14 wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Operasi yang dinamakan Op Sapu KL Strike Force itu dilakukan berdasarkan risikan selama dua minggu di kawasan tersebut, selepas penduduk setempat membuat aduan mengenai peningkatan jumlah warga asing di kawasan berkenaan.

Sebanyak 36 individu dari Indonesia dan dua dari Thailand telah ditahan dalam operasi tersebut. Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This