
Indeks Bursa Malaysia kembali jatuh
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia berada lebih rendah pada pembukaan sejajar dengan penurunan berterusan harga minyak, yang kini diniagakan di bawah AS$30 satu tong.
Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan 4.64 peratus atau 60.58 mata kepada 1,242.70 manakala indeks lain juga dibuka rendah dalam semua sektor.
Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 515 berbanding 36, manakala 66 kaunter tidak berubah, 1,402 tidak diniagakan dan 17 lagi digantung.
Perolehan berjumlah 210.83 juta saham bernilai RM91.45 juta.
-BERNAMA
CATEGORIES EKONOMI