India lancar roket paling berat ‘Launch Vehicle Mark 3’

India lancar roket paling berat ‘Launch Vehicle Mark 3’

NEW DELHI ,. Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) melancarkan roket paling beratnya dikenali Launch Vehicle Mark 3 (LVM3 atau GSLV Mark 3) dan berjaya menempatkan 36 satelit ke orbit.

“Misi LVM3 M2/OneWeb India-1 berjaya diselesaikan. Kesemua 36 satelit telah diletakkan ke orbit yang ditetapkan,” menurut ISRO pada Ahad lapor Agensi Anadolu.

Pelancaran dijalankan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan, Sriharikota di Andhra Pradesh pada 12.07 pagi waktu tempatan.

Misi itu dijalankan di bawah pengaturan komersial antara firma kerajaan, New Space India Limited dan syarikat satelit yang berpangkalan di United Kingdom,OneWeb.

Launch Vehicle Mark 3 ialah roket India pertama dengan muatan enam tan, misi komersial pertama LVM3 dan misi berbilang satelit pertama dengan 36 satelit OneWeb.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)