Individu berstatus muflis, disenarai hitam layak mohon bantuan PRIHATIN mulai esok – LHDN

Individu berstatus muflis, disenarai hitam layak mohon bantuan PRIHATIN mulai esok – LHDN

PUTRAJAYA, 5 April — Pemohon yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mulai esok (6 April).

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.

“Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

“Bagi permohonan yang lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional,” menurut kenyataan itu.

LHDN berkata kerajaan berharap bantuan tersebut benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukan dan dibelanjakan secara berhemah.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan permohonan BPM boleh diajukan kepada Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau media sosial rasmi LHDN iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)