Individu ditemukan rentung dalam kemalangan

Individu ditemukan rentung dalam kemalangan

KUALA LUMPUR,. Seorang individu ditemukan rentung dalam kereta dipandunya yang terbabas lalu merempuh lori dan penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer 407, Lembah Beringin-Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS (arah utara) dekat sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.14 petang tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Sentosa ke lokasi kejadian.

“Sebuah kenderaan jenis SsangYong didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang pemandu di dalamnya rentung serta tiada penumpang lain yang terlibat,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata setakat ini, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

Beberapa video kemalangan itu turut tular di media sosial semalam.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This