Industri makanan halal, Vietnam sasar kerjasama kukuh dengan Malaysia

Industri makanan halal, Vietnam sasar kerjasama kukuh dengan Malaysia

KUALA LUMPUR ,. Vietnam berhasrat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam mempromosikan kerjasama menerusi industri makanan halal, kata Duta Besar Vietnam ke Malaysia Tran Viet Thai.

Dalam temu bual bersama Agensi Berita Vietnam (VNA) di Malaysia baru-baru ini, diplomat itu berkata kedutaannya telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mewujudkan asas jangka masa panjang bagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Ini termasuk memberi tumpuan kepada standard halal bagi ladang Vietnam ke arah mengeksport produk ke pasaran Malaysia, Asia Barat dan negara-negara Islam yang lain.

Menurut diplomat itu, Malaysia mempunyai kekuatan dalam menyediakan sijil halal, latihan, dan membina rangkaian produk halal.

Malaysia menjamin kedudukannya sebagai hab halal terkemuka di dunia pada 2020 apabila nilai eksport tahunan produk halal mencecah US$7.5 bilion.

Kedutaan itu telah menyokong perusahaan Vietnam untuk menyertai pelbagai pameran bagi mempromosikan produk mereka serta berhubung secara maya dengan rakan kongsi Malaysia.

Pihaknya juga telah menganjurkan pelbagai acara mengenai budaya dan pelancongan di Malaysia, menawarkan peluang yang baik untuk syarikat penerbangan Vietnam, agensi pelancongan dan penyedia perkhidmatan hotel bagi memperkenalkan produk pelancongan di negara ini.

Kedutaan juga akan terus menyokong bandar Delta Mekong Can Tho, wilayah Vinh Phuc dan Ben Tre dalam menjalin hubungan dengan rakan kongsi di Malaysia, serta mendapatkan kerjasama baharu dengan pemain industri di Malaysia dalam bidang lain seperti pengurusan tenaga dan e-waste, kata duta itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )