Insiden Penyamaran Cetus Tindakan Tegas KKM, Langkah Keselamatan Diperluas

Insiden Penyamaran Cetus Tindakan Tegas KKM, Langkah Keselamatan Diperluas

PUTRAJAYA, 23 April – Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera untuk menilai semula dan memperkukuh kawalan keselamatan di semua fasiliti kesihatan awam susulan kejadian seorang lelaki menyamar sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, insiden tersebut bukan sahaja membimbangkan, malah menuntut penilaian semula menyeluruh terhadap sistem keselamatan yang sedia ada.

“Siasatan sedang dijalankan. Kami akan ambil tindakan segera bagi menutup sebarang ruang kelemahan dalam SOP semasa,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri kementeriannya hari ini.

Dr Dzulkefly turut menyatakan bahawa KKM sedang mengkaji kemungkinan memperluas penggunaan pasukan penguatkuasaan seperti polis bantuan di fasiliti kritikal bagi menambah baik pengesanan dan pencegahan penyamaran atau pencerobohan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )