Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut satu kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga kekal portfolio Menteri Pertahanan.

Manakala Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan yang pernah diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

Dalam kenyataan, kedua-dua perlantikan ini telah disembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong  dan berkuatkuasa serta merta.

“Adalah diharapkan perlantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19  memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti – parti yang membentuk kerajaan serta memperkukuhkan Kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuh dan berintegriti.”

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein di atas perlantikan ini.

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )