Isu ‘Kutty’: Dua Video Ditayang, Hakim Minta Bukti Kesahihan Sebelum Terima

Isu ‘Kutty’: Dua Video Ditayang, Hakim Minta Bukti Kesahihan Sebelum Terima

KUALA LUMPUR, 17 April 2025 — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menonton dua rakaman video yang berkait dengan sidang media oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes penghinaan mahkamah difailkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Namun, kesahihan video tersebut dipertikai dan perlu disahkan pakar.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong berkata prosiding menghina mahkamah bukan tuduhan ringan dan memerlukan bukti sahih. “Pengesahan perlu dibuat kerana wujud risiko manipulasi melalui teknologi moden,” katanya.

Sidang media dalam video itu berlaku selepas Dr Mahathir selesai memberi keterangan dalam kes saman beliau terhadap Zahid. Seterusnya, anak beliau Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi saksi terakhir plaintif pada 9 Disember, manakala Zahid dijangka menjadi saksi defendan berikutnya.

Mahkamah menetapkan 14 Mei 2025 sebagai tarikh untuk pihak-pihak mengemas kini status pengesahan bahan bukti video berkenaan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )