
Isu Pampasan Kebakaran Putra Heights Belum Selesai
Selepas Api Padam, Penduduk Masih Terluka – Isu Pampasan Kebakaran Putra Heights Belum Selesai
SUBANG JAYA – Tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada April lalu mungkin sudah berlalu, namun luka yang ditinggalkan masih belum sembuh.
Penduduk kini bergelut mendapatkan pampasan insurans, bantuan sewa, dan rawatan kesihatan susulan.
Persatuan penduduk mendakwa tuntutan insurans yang rendah, penilaian kerosakan yang cuai, dan kelewatan bantuan hanya menambah derita mereka.
Sementara itu, firma guaman REC Legal mengesahkan sejumlah besar mangsa sedang meneliti langkah perundangan untuk mendapatkan keadilan.