Isu pemandu mental, penambahbaikan SPR antara tumpuan hari ini

Isu pemandu mental, penambahbaikan SPR antara tumpuan hari ini

KUALA LUMPUR,. Persoalan berhubung penambahbaikan dan pembaharuan yang telah dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya dilaksana dengan telus dan adil terutama sepanjang tempoh dua tahun ini, akan membuka persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perkara tersebut diajukan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Selain itu, isu mengenai pemandu bas terlibat dengan masalah penagihan dadah dan menghadapi masalah mental sehingga sering menimbulkan tragedi kemalangan maut, turut dibangkitkan dalam sesi berkenaan oleh P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan).

Beliau mahukan penjelasan daripada Menteri Pengangkutan berhubung langkah sedang diambil oleh kementerian dalam menghadapi masalah kekurangan pemandu industri pengangkutan dan logistik untuk mengelak perkara itu terus berlaku.

Tidak kurang menarik isu penipuan sindiket kad pengenalan yang ditimbulkan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan yang mahukan Menteri Dalam Negeri menjelaskan statistik berhubung isu itu sejak 2013.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)