Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19

Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19

KUANTAN,. Jabatan Kesihatan Pahang menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa seorang lelaki berusia 20 tahun dari Taman Tas di sini maut akibat COVID-19.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata setakat ini, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di negeri itu ialah 58 orang dengan kematian termuda seorang lelaki berusia 23 tahun.

Beliau berkata Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital atau ‘brought in dead’ (BID) melibatkan individu berumur 20-an.

Katanya semakan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut mengesahkan tiada kes BID dilaporkan semalam melibatkan mana-mana daerah di negeri itu.

Sehubungan itu, Dr Bahari menasihati penduduk supaya tidak menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)