Jadi Imaging Solutions (UK) Ltd tamatkan operasi

Jadi Imaging Solutions (UK) Ltd tamatkan operasi

KUALA LUMPUR, 27 April — Pembuat toner, Jadi Imaging Holdings Bhd mengumumkan Jadi Imaging Solutions (UK) Limited menamatkan operasinya hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata pihaknya sedang dalam proses penutupan Jadi Imaging Solutions (UK) Limited.

“Penamatan itu dilaksanakan berdasarkan keputusan lembaga pengarah sebagai sebahagian penstrukturan semula syarikat untuk memaksimumkan kecekapan kos,” menurutnya.

Ia berkata justeru itu semua pengedaran sedia ada dan bagi masa depan di United Kingdom dan Eropah akan dilaksanakan secara langsung oleh Jadi Imaging Technologies.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)