JaPen terus anjur pelbagai program semarakkan sambutan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA,. Program menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang pada 31 Ogos ini dalam suasana norma baharu diteruskan Jabatan Penerangan (JaPen) hari ini menerusi program [email protected] Daerah Sepang.

Program itu menghebahkan pelbagai maklumat berkaitan kenegaraan kepada masyakat, selain menggalakkan rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang.

Pelancaran program yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan pengasas pusat beli-belah Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen Hashim Bedu.

“Walaupun sambutan kemerderkaan tahun ini tidak boleh secara besar-besaran dan perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard) namun JaPen tetap merangka pelbagai program dalam menyemarakkan sambutan antaranya [email protected] dan Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka) yang melibatkan hebahan serta menggalakkan orang ramai mengibar Jalur Gemilang,” kata Hashim.

Menurut Hashim sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini adalah istimewa buat rakyat Malaysia kerana buat pertama kalinya acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Adhif Syan berkata walaupun sambutan kemerdekaan tahun ini berkonsep digital bagi mengurangkan kesesakan dan himpunan orang ramai, namun yang penting semangat patriotisme serta kecintaan kepada negara tetap ada dalam sanubari rakyat Malaysia.

“Tema sambutan tahun ini “Malaysia Prihatin” dengan kerajaan menzahirkan keprihatinan kepada rakyat demi meningkatkan semula ekonomi setelah berdepan dengan COVID-19, membangunkan semula dan menjana ekonomi rakyat demi kesejahteraan semua. Konsep “Kita Jaga Kita” menerapkan peranan semua pihak sama penting dalam mencegah penularan wabak ini,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )