Jemaah berumur 70 tahun ke atas dibenarkan solat fardu, Jumaat di masjid – MAIK

Jemaah berumur 70 tahun ke atas dibenarkan solat fardu, Jumaat di masjid – MAIK

KOTA BHARU,. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan jemaah yang berumur 70 tahun ke atas bagi menunaikan solat Jumaat dan fardu di seluruh masjid di negeri ini bermula Jumaat sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata selain itu pelaksanaan solat Jumaat dan Fardu di Kelantan juga dibenarkan dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti dan keluasan masjid.

“Selain itu kuliah agama termasuk kelas Al-Quran juga dibenarkan dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti dan keluasan masjid dengan penjarakan satu meter antara jemaah. Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Menurutnya MAIK juga amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap sebarang kegagalan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)