Jentera baharu beri kelebihan buat Quartararo

Jentera baharu beri kelebihan buat Quartararo

SEPANG,. Penggunaan jentera baharu, Yamaha YZR-M1, menyuntik semangat tambahan kepada pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo apabila sekali lagi mendominasi hari kedua sesi ujian pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari ini.

Pelumba Perancis itu buat pertama kali menggunakan jentera baharu itu untuk merakamkan masa terpantas satu minit 58.572 saat (s) selepas melengkapkan 72 pusingan.

Pelumba berusia 21 tahun, yang melakukan penampilan sulung pada kelas perdana musim lalu, mencatatkan 0.069s lebih pantas daripaa pelumba Pramac Racing, Jack Miller (1:58.641s) diikuti pelumba berpengalaman, Dani Pedrosa dari Red Bull KTM dengan catatan masa 1:58.662s.

Rakan sepasukan, Franco Morbidelli menamatkan ujian hari kedua dengan melakarkan masa kelima terpantas iaitu 1:58.831s, sekali gus memperbaiki masa kedua terpantas 1:58.996s yang dilakukan semalam.

“ Saya benar-benar positif kerana ini hanya hari pertama kami menggunakan jentera baharu ini. Saya sungguh gembira dapat menyesuaikan diri dengan jentera ini. Sukar untuk melaras jentera baharu supaya menjadi lebih bagus dalam satu hari.

“Kami harap untuk meningkatkan lagi usaha ke atas jentera ini esok. Kami perlu memperbaiki sedikit lagi dalam aspek kelajuan kerana sdaya tidak berasa selesa sepenuhnya.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan itu.

Semalam, Quartararo mencatatkan masa terpantas 1:58.945s semasa melakukan 52 pusingan dengan jentera musim lalu.

“Sesi ujian tersebut akan berakhir esok.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )