Jepun akan guna Remdesivir untuk rawat pesakit COVID-19

Jepun akan guna Remdesivir untuk rawat pesakit COVID-19

TOKYO, 28 April — Perdana Menteri Shinzo Abe berkata Jepun dijangka meluluskan penggunaan ubat antivirus remdesivir untuk merawat pesakit koronavirus pada Mei.

“Kelulusan untuk farmaseutikal (remdesivir) akan dapat dibuat tidak lama lagi,” kata Abe pada sesi parlimen, Isnin, menurut Kyodo News.

Remdesivir dihasilkan oleh syarikat biofarmaseutikal AS, Gilead Sciences Inc. juga digunakan untuk merawat penyakit Ebola.

Ujian klinikal dijalankan pasukan antarabangsa kepada pesakit yang mempunyai gejala COVID-19 akan berakhir bulan ini.

Sebaik Gilead Sciences mengemukakan permohonan, Jepun akan segera meluluskannya.

Di Jepun, ubat antiinfluenza Avigan juga sedang menjalani ujian klinikal terhadap pesakit COVID-19, dijangka tamat pada Jun. Kajian saintifik di China telah menunjukkan keberkesanannya dalam merawat penyakit ini.

Kerajaan Jepun mengarahkan Fujifilm Toyama Chemical Co., untuk meningkatkan pengeluaran Avigan, juga dikenali favipiravir. Bagaimanapun, ubat ini tidak sesuai untuk ibu hamil.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)