Jerebu: 16 sekolah di Rompin tutup hari ini

Jerebu: 16 sekolah di Rompin tutup hari ini

PUTRAJAYA,. Sebanyak 16 sekolah di daerah Rompin, Pahang ditutup hari ini akibat jerebu, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata setakat pukul 10 pagi tadi, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menerima laporan penutupan sekolah terbabit melibatkan sebuah sekolah menengah dan 15 sekolah rendah.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gemok, SK Pontian, SK Kampong Kolam, SK Chenderawasih, SK Leban Chondong, SK Rompin, SK Sungai Puteri dan SK Sarang Kedaik.

Turut ditutup ialah SK Sarang Tiong, SK Pianggu, SK Janglau, SK (Felda) Selendang 1, SK (LKTP) Selendang 4, SK LKTP) Keratong 8 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rompin.

“Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Menurut KPM, sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa semasa.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indeks Pencemaran Udara (IPU) Rompin pada 10 malam semalam mencatatkan bacaan 204 iaitu sangat tidak sihat. Bagaimanapun, bacaan itu menurun kepada tahap sederhana 97 pada pukul 5 petang hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)